Thursday, November 16, 2017

Manuskrip al-Qur'an tertua di Perpustakaan British


Manuskrip Al-Quran tertua di British Library, (Or.2165), yang berasal dari abad ke-8, kini telah sepenuhnya didigitalkan dan boleh didapati di laman British Library Digitized Manuscripts. Antara salinan Al-Quran yang paling kuno, ia terdiri daripada 121 folios dan mengandungi lebih dari 2/3 daripada teks lengkap dan merupakan salah satu daripada picisan al-Quran yang diketahui, paling awal yang ditulis dalam bentuk ma'il (ditulis secara condong atau italic).

(Or.2165)
               


Akhir Sūrah al-A'raf dan permulaan Sūrah al-Anfāl. Tulisan yang ditulis dengan dakwat merah menerangkan tajuk Sūrah dan mengandungi 77 ayat



Manuskrip ini dibeli oleh Muzium British pada tahun 1879 dari Reverend Greville John Chester (1830-1892) seperti yang dinyatakan pada helaian terakhir  di belakang manuskrip. Chester adalah seorang pendeta yang mempunyai minat yang luas bidang arkeologi Mesir dan sejarah semulajadi dan selalu mengembara ke Mesir dan Near East (istilah yang pada asalnya digunakan untuk negara-negara Balkan di tenggara Eropah, tetapi sekarang digunakan untuk negara-negara Asia barat daya antara Laut Mediterainian dan India (termasuk Timur Tengah), di mana beliau memperoleh transkrip dan manuskrip, yang kini berada dalam koleksi Perpustakaan UK. Kemungkinan dia memperolehi Al-Quran ini ketika dia berada di Mesir.



Manuskrip Al-Qur'an terawal dihasilkan pada pertengahan abad ke-7, dan salinan purba dari zaman ini tidak terselamat dan wujud hanya dalam picisan atau serpihan. (Or.2165) ini mengandungi tiga helai folio dengan surah yang berturut-turut (Surah 7:40 - Sūrah 9:96; Sūrah 10: 9 - Sūrah 39:48; Sūrah 40:63 - Surah 43:71) dan ia dipanggil mā'il Qur ' ān, mengandungi kira-kira dua pertiga daripada teks Al-Quran dan merupakan salah satu Al-Quran tertua di dunia. Ia mungkin bermula dari abad ke-8, dan setakat yang dapat dipastikan, dihasilkan di rantau Hijaz di Semenanjung Arab.



Perkataan Arab mā'il bermaksud 'condong atau senget' dan ia merujuk kepada gaya tulisan yang italic - salah satu skrip Arab awal yang dinamakan 'Hijazi' bersempenama nama tempat ia ditulis. Ciri utama mā'il adalah kecondongannya ke kanan. Ia juga mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri. Sebagai contoh, huruf alif tidak melengkung di bawah , dan huruf yā ', ekornya berpusing ke arah huruf sebelumnya.


Huruf alif. enam titik kecil menandakan akhir ayat tersebut 


Huruf ya. Dakwat merah ditambah kemudian



Di awal Al-Quran ini tiada tanda-tanda huruf vokal, dan skrip ini juga terkenal kerana kekurangan tanda diakritik untuk membezakan antara huruf dan bentuk yang serupa. Penomboran ayat juga masih belum ada. Oleh sebab itu setiap akhir setiap ayat ditandai dengan enam garis kecil. Tajuk-tajuk sūrah telah ditambah tidak lama kemudian dengan dakwat merah di ruang yang dikenal pasti dibiarkan kosong untuk membezakan antara pengakhir dan permulaan surah. Lingkaran merah yang dikelilingi oleh titik-titik merah untuk menandakan akhir setiap sepuluh ayat juga ditambah kemudian.


Permulaan Sūrah Yūsuf. Penanda ayat, tajuk dan lingkaran merah telah ditambahkan kemudian


Seperti semua naskhah Al-Quran yang awal, teks ini ditulis pada vellum (kulit halus yang diperbuat daripada kulit anak lembu) dan diikat pada codex atau muṣḥaf. Lembaran-lembaran vellum itu ditempatkan di antara dua papan, kemudian setiap helaian dilipat dua menjadi dua daun, kemudian dikumpulkan dan dijahit bersama-sama dan terikat sebagai satu quired dan kemudiannya digabungkan menjadi satu codex.



Kepentingan nuskhah ini (Or.2165), (sebagai tambahan kepada semua serpihan al-Qur'ā awal yang diketahui) tidak boleh dipandang remeh. Ia merupakan satu-satunya bukti yang ada yang menerangkan tentang pembangunan awal rakaman teks Al-Quran yang bertulis dan membantu kita untuk memahami bagaimana Al-Qur'an pada zaman dahulu dihasilkan.





No comments:

Post a Comment