Wednesday, November 8, 2017

Siri Codicologi Islam Bahagian 2 (Permukaan untuk Menulis)

Part 2 – Permukaan untuk menulis
Sejarah telah menunjukkan bahawa manusia menggunakan banyak bahan sebagai contoh mineral, tumbuh-tumbuhan dan haiwan sebagai permukaaan untuk menulis. Tajuk ini akan mengkhususkan penggunaan 3 bahan sahaja iaitu papyrus, kulit dan kertas yang digunakan di dunia Islam di dalam penghasilan manuskrip dalam bentuk codex.

PAPYRUS
Perkataan ‘papyrus’ memberi maksud tumbuhan dan permukaan penulisan yang diperbuat daripadanya.. Ianya tumbuh secara liar dan banyak di Mesir. Pada kurun awal kemunculan Islam, ianya ada dijumpai di Palestin, Mesopotamia dan Sicily. Di dalam bahasa Arab, ianya disebut dengan ‘qirtas, waraq al-qasab and waraq al-bardi/al-abardi memberi maksud daun yang diperbuat daripada papyrus. Daripada ‘papyrus’ iniah keluarnya perkataan dalam bahasa Inggeris ‘paper’ yang mana ia dipinjam daripada perkataan Latin ‘papyrus’ dan Coptic ‘pa-p-ouros’.

Latar belakang sejarah
Ianya digunakan sebagai medium penlisan semenjak 3000 tahun sebelum masehi dan terkenal luas digunakan di Arab sebelum kedatangan Islam. Apabila Islam datang pada kurun ke 7 dan menawan kawasan yang banyak terdapat tumbuhan papyrus ini, mereka banyak menggunakannya di dalam urusan pejabat, surat-menyurat, buku, kontrak, buku daftar cukai dsb. Ianya terus digunakan sehingga kurun ke 10, yang mana pada waktu itu persaingan antara pengeluaran kertas dan papyrus menjadi sengit sehinggal papyrus kalah dan penggunaannya mula menurun pada kurun ke 11.

Pembuatan papyrus
Disebutkan di dalam Jami’ li mufradat al-adwiya wa-l-aghdiya oleh Ibn Baytar (m 1248M): “orang Mesir pada zaman dahulu membuat kertas dengan memotong tangkai papyrus kepada 2 bahagian dan memotong secara melintang sehingga menjadi jalur kecil, kemudian mereka meletakkannya dalam bentuk menyilang sebanyak dua lapisan, dan diratakan, dan dicampur air, kemudian dibiarkan kering. Setelah itu mereka akan mengetuknya dengan kayu sehinggalah ia menjadi nipis dan menjadi kertas yang solid. Dan banyak lagi cara pembuatan kertas dari papyrus bergantung kepada tempat dan zaman.

The Protocol
Kertas yang dihasilkan dan mempunyai kualiti yang rendah biasanya akan diletakkan dibahagian hadapan manuskrip, bertujuan untuk menjaga kertas lain daripada rosak. Ianya dinamakan ‘protocol’. Dibahagian ini biasanya ditulis formula-formula agama / syahadah / tasliya (selawat) / beberapa ayat al-quran / nama khalifah / gabenor pemerintah / pegaiwai2 tinggi dsb.

Pemeriksaan fizikal papyrus
Bahagian dalam papyrus dipanggil recto, manakala yang bahagian luar dipanggil verso. Papyrologist bidang classical world menyatakan bahawa recto itu ialah bahagian yang sejajar dengan fiber papyrus. Akan tetapi semenjak daripada istilah recto dan verso ini digunakan untuk menunjukkan kepada kertas, ia menimbulkan sedikit kekeliruan.


papyrus

KULIT
Tidak seperti papyrus yang sukar dihasilkan, kulit secara teorinya adalah senang dan boleh dihasilkan dimana-mana sahaja kerasa asalnya adalah daripada kulit haiwan. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai ‘parchment’ atau ‘raqq/riqq/ jild’ di dalam bahasa Arab. Kulit ini didefinisikan sebagai kulit haiwan yang disediakan dan disiapkan untuk dijadikan sebagai permukaan untuk menulis seperti yang disebutkan oleh Denis Muzerelle: ‘disiapkan’ bermaksud disertu dan dibuang bulu-bulunya, dan dikeringkan sehinggalah ia sesuai untuk dijadikan permukaan untuk menulis.

Kronologi
Walaupun perkataan ini dikenali di dalam beberapa bahasa, sebagai contoh: English: parchment, German: pergament, French: parchemin, Italian: pergamena, Greek: diphtera, berasal dari perkataan Arab: دفتر, ia tidak di asaskan di barat, sebaliknya ia sudah dikenali dan biasa digunakan di negara arab. Boleh jadi semenjak 1000 tahun sebelum masehi. Walaupun tidak ada manuskrip arab bertarikh yang masih kekal sehingga kurun ke 9M menerangkan perkara ini, tetapi tiada syak tentang kulit ini sudah pun dijadikan medium penulisan di dalam dunia Islam. Ini boleh dibuktikan dengan fragment al-quran dengan khat Hijazi yang telah disahkan dengan ujian carbon-14 (carbon dating analysis) yang dilakukan pada nuskhah al-quran yang ditulis di atas kulit haiwan. Fakta ini sejajar dengan apa yang menjadi budaya setempat sebelum penaklukan arab.
Dua nuskhah al-quran dari kurun ke 9M kemungkinan dari Iran menunjukkan bahawa, setidaknya dari tarikh ini, kulit masih lagi digunakan sebagai medium penulisan  walaupun pada waktu itu, kertas sudah biasa digunakan. Ianya terus digunakan sehinggalah kurun ke 10. Akan tetapi era emas ini semakin menemui penghujungnya sehinggalah ia hilang dan hanya tinggal di dunia Barat Islam di mana penulis manuskrip (copyist) masih mengekalkan tradisi ini

Pembuatan parchment
Seperti yang sudah kita semua sedia maklum, raw material dalam pembuatan parchment ialah kulit haiwan. Antara haiwan yang biasa digunakan ialah: biri-biri, kambing, anak lembu, keldai (jarang digunakan), gazelle (antelope) juga digunakan disesetengah tempat seperti yang disebut di dalam Calendar of Cordoba: “kami membuat parchment daripada kulit anak rusa dan gazelle sehinggalah hujung Julai”.
Pembuatan parchment bermula dengan proses menghilangkan bulu-bulu dikulit haiwan. Orang barat pada zaman medieval merendam kulit haiwan di dalam larutan kapur (adunan depilasi)  untuk memudahkan bulu dicabut.
Kebiasaannya di Kufah, proses lain digunakan untuk memungkinkan mereka mendapatkan kulit yang lebih lembut dan flexible, iaitu dengan menggunakan adunan kurma. Pada kurun ke 9M kapur mula digunakan di timur tengah untuk menghilangkan bulu dan perkara ini ada di sebut di dalam manuscript Latin yang di ambil di Itali, iaitu cara untuk menyediakan parchment untuk tujuan penulisan. Di sini ada dua hipotesis yang boleh dibuat: cara yang pertama itu diasaskan oleh orang Arab kemudian diadaptasikan oleh orang Eropah. Dan kedua, penggunaan kurma itu sudah diketahui umum ianya berasal dari masyarakat yahudi pada zaman medieval.
Dibahagian daging (flesh side) kulit itu akan dikikis dengan menggunakan alat seperti pisau etc untuk membuang sisa-sisa daging dan lemak dan dibersihkan serta dikeringkan. Manuskrip kulit di dalam dunia Islam dibersihkan dengan menggunakan batu apung (pumice) untuk menghilangkan perbezaan antara bahagian flesh dan bulu (hair). Kapur juga turut digunakan di dalam proses ini.
Fasa seterusnya ialah kulit dijemur diatas kayu dan diregangkan dan ianya memerlukan ruang yang besar. Parchmenter Andalus menggunakan kawasan kubur untuk tujuan ini. Ibn Abdun mengkritik perkara ini dan berkata: “sepatutnya tidak boleh dibenarkan menjemur atau menghamparkan benda yang kotor seperti kulit untuk tujuan sertu di laluan-laluan kubur”.
Setelah parchment dikeringkan, ianya diwarnakan. Kebiasaan orang Islam mewarnakan parchment mereka dengan warna saffron, kuning dan oren bergantung kepada kualiti parchment.

Dimensi parchment
Harus diketahui saiz manuskrip itu bergantung kepada jenis binatang yang digunakan. Kebiasaanya manuskrip di Perancis pada zaman medieval mempunyai size 48x60cm (kulit kambing). Jadi untuk membuat satu manuskrip yang tebal itu memerlukan saiz kulit haiwan yang besar dan banyak.
  
bentuk kulit yang digunakan

Ciri-ciri parchment
Kualiti parchment bergantung kepada banyak faktor, antaraya ialah saiz. Oleh sebab itu, harga parchment mungkin berubah dan tidak static. Dua haiwan dari spesis yang sama tidak mesti mempunyai kualiti yang sama. Harus diperhatikan juga tahap kesihatan haiwan tersebut terutama sekali bahagian kulit. Ini kerana ia memberi kesan lebih-lebih lagi jika haiwan tersebut disengat binatang, kecederaan, dan penganiayaan sewaktu disembelih, akan memberi bekas kepada kulit.
Kawasan kecederaan ini mungkin boleh rosak sewaktu proses penyediaan kulit ini di lakukan, kerana ia berkemungkinan lebih nipis daripada bahagian lain dan meninggalkan kesan bulat atau bujur. Atau kadang-kadang ianya koyak dan tukang kulit itu harus menjahit kulit tersebut.

lubang dan kesan bulu tumbuh

kulit yang koyak dan dijahit kembali oleh tukang kulit


kulit binatang sakit dan kesan sertu


hair side of parchment

flesh side of parchment. warna lebih pucat

Proses penyamakan kulit tidak selalunya berkesan 100%. Kadang-kadang masih lagi terdapat kesan bulu di kawasan kulit tersebut seperti yang terdapat dibeberapa manuskrip dari Maghribi. Dan sudah pasti bahagian daging (flesh side) tidak akan ada kesan bulu.
Gambar 10a 10b

Palimpsest
Palimpsest ia bahagian manuskrip yang mana tulisan asal telah dibuangkan untuk membuat ruang untuk menulis, tetapi kesannya kekal. Ini kerana harga kulit yang mahal menyebabkan penulis manuskrip membeli kuilt yang telah digunakan dan menghilangkan tulisan yang sedia ada dengan disertu untuk menulis tulisan yang baru.
Ada beberapa bukti yang menyokong perkara ini benar-benar berlaku. Antara contoh tertua ialah sebuah manuskrip al-quran yang dilelong di London pada tahun 1992 (gambar 11), Helaian yang lain dijumpai di Yaman dan disahkan oleh kumpulan pengkaji daripada German yang ditugaskan untuk me’restore’kan kembali al-quran tersebut.
Juga terdapat kes dimana binder apabila melihat satu manuskrip daripada kulit dan dihelaian pertama manuskrip tersbut dijadikan halaman kosong lalu dia memotong halaman tersebut dan digunakan untuk penulisan manuskrip lain.

kulit yang digunakan kembali meninggalkan kesan tulisan yang lama

Pemeriksaan fizikal parchment
Secara teorinya kita boleh tentukan jenis kulit haiwan apakah yang digunakan di dalam satu-satu manuskrip tersebut dengan cara melihat bagaimanakah sususan bulu yang tumbuh di kulit tersebut. Dan ini tidak dapat dipastikan jika kulit tersebut disertu dengan kuat sehingga hilang kesan bulu itu.
Bahagian daging dan bahagian bulu boleh dibezakan,(lihat gambar 10a, 10b). bahagian daging biasanya lebih pucat daripada bahagian bulu. Bahagian bulu pula biasanya permukaannya lebih lembut dan mempunyai teksture lembut yang menyerap dakwat dengan lebih banyak. Kita juga dapat menentukan alat apakah yang digunakan didalam menyertu kulit tersebut.





No comments:

Post a Comment