Wednesday, November 8, 2017

Siri Codicologi Islam Bahagian 1 (Pengenalan)

CODICOLOGI ISLAM: PENGENALAN KEPADA KAJIAN MANUSKRIP ARAB BARAT
Bahagian 1

Pengenalan

Apa itu codex? Codex (plural: codices) Ialah text manuscript lama dalam bentuk buku. Berasal dari kalimah latin ‘codex’ bermaksud blok kayu. Kemudian diistilahkan dengan blok yang dinipiskan supaya boleh ditulis di atasnya. Juga dikenali debagai buku yang dibina dari sejumlah helaian kertas, vellum, papyrus, atau bahan yang seupamanya. Istilah ini biasanya digunakan dalam buku manuskrip yang mengandungi tulisan tangan, Buku ini biasanya terikat dengan susunan beberapa halaman dan satu tepi, dan menggunakan penutup yang lebih tebal daripada lembaran (hard cover).

Apa itu codicology? Codicology ialah satu istilah yang baru digunakan, memberi maksud: kajian tentang codices, atau lebih tepat: kajian tentang aspek material sesuatu codices yakni buku manuskrip yang meliputi kajian tentang asal usul atau sejarah manuskrip, pengumpulan manuskrip, jilid, kertas dsb. Dengan codicology ini, kita dapat mengenal pasti bilakah waktu manuskrip itu dihasilkan

Matlamat codicology

            Untuk mencapai matlamat ini, ianya harus menepati 2 prinsip iaitu: Percubaan untuk menganalisis maklumat setepat mungkin, kesemua teknik yang digunakan di dalam menghasilkan sebuah manuskrip. Untuk melakukan tugas ini, alat-alat makmal perlu digunakan, kerana dengan hanya penalaran mata kasar, susah untuk menentukan maklumat. Sebagai contoh komposisi warna yang digunakan atau untuk mengenalpasti fibre/garis halus yang terdapat di dalam kertas.

              Kadang-kadang, ahli codicologi dapat mengenal pasti beberapa maklumat tanpa menggunakan alat bantuan daripada makmal dengan bersandarkan kepada 2 unsur penting; kesabaran dan sifat ingin tahu. Ini setidaknya dapat memberi beberapa clue tentang kaedah atau cara yang digunakan oleh pembuat manuskrip.

Secara asasnya, ahli codicologi ini ialah seperti seorang pakar forensic. Apabila dia mendapat satu corps atau mayat, dia harus mengenal pasti sebab kematian, tarikh, alat yang digunakan untuk membunuh dsb. Walaupun tanpa menggunakan alat-alat dari makmal, dia dapat mengenal pasti beberapa maklumat dengan hanya menggunakan sifat ingin tahu atau curiosity.

Volumen and rotulus

Orang Islam tidak pernah menggunakan volumen; satu bentuk scroll dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Hanyasanya manuskrip islam dalam bentuk scroll yang dijumpai ialah dengan bentuk rotulis; dari atas ke bawah.




Paleography

              Di dalam banyak cara untuk menghasilkan manuskrip, penulisan memainkan peranan yang sangat penting. Pakar manuskrip barat menggariskan beberapa perkara penting, diantaranya ialah kajian tentang tulisan atau paleografi. Ianya wujud sebagai satu bidang penting lama sebelum munculnya codicology.

Sejarah buku di dalam Arabic script

              Kebiasaanya buku manuskrip yang ditulis didalam Arabic script dapat menunjukkan keintektualan, social, ekonomi dan juga teknik bagaimana ia dihasilkan. Ianya sangat penting di dalam menentukan ‘keluarga’ manuskrip. Dengan kata lain, beberapa nuskhah yang wujud hasil daripada satu prototype atau satu manuskrip asal, lahirlah beberapa manuskrip dibawahnya.

Metodologi

              Semasa menganalisis bahagian luar dan dalam sesebuah manuskrip, seseorang haruslah sangat berhati-hati agar tidak merosakkannya. Proses ini dapat mengumpulkan beberapa maklumat penting codicologi seperti saiz volume, ketebalan kertas, luas permukaan penulisan dsb. Beberapa alat yang khusus haruslah digunakan untuk mnegenal pasti maklumat-maklumat yang sukar untuk didapati dengan mata kasar seperti penggunaan kanta pembesar, scanner, lampu khusus untuk manuskrip, beam generator, beta-radiography, image-analysis software dsb.

Sebagai contoh: untuk mengenal pasti material yang digunakan, seperti dakwat, kertas, serat samada daripada haiwan, tumbuhan atau mineral, anatara kaedah yang digunakan ialah, melihat dengan mata kasar, atau binocular magnifier, atau fizikal dan chemical analysis of micro-samples. Sekali lagi, menganalisis nuskhah manuskrip yang asli dapat meningkatkan peratusan dapatan maklumat yang lebih tepat.

Sebagai contoh, manuskrip yang ditulis di atas kulit haiwan. Kita dapat kenal pasti maklumat tersebut dengan menghidu bau kulit tersebut, kerana kulit yang baru disamak mempunyai bau yang khusus.

Beberapa teknik makmal yang digunakan untuk kajian manuskrip

Pakar manuskrip telah lama mernggunakan physical and chemical technique di dalam kajian mereka tentang manuskrip untuk me’restore’kan kembali tulisan yang sudah di padam, atau pudar, atau mungkin terkoyak dan percubaan untuk mengenalpasti jenis kulit haiwan apakah yang digunakan,dan menganalisis komposisi kertas, atau mengenalpasti serat haiwan dan warna yang digunakan oleh copyists dan illuminator. Penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan ketepatan dapatan maklumat berbanding analisis menggunakan mata kasar.

Deciphering faded and vanished text

Sejak kurun ke 19, mereka menggunakan bahan kimia untuk me’recover’ kembali tulisan yang sudah pudar. Pada waktu tersebut, penggunaan cahaya ultraviolet adalah acara yang paling senang dan paling banyak digunakan untuk membaca atau menganalisis tulisan yang pudar atau terpotong. Pembacaan juga dapat dijalankan dengan menggunakan lampu Woo, akan tetapi kaedah ini memenatkan mata. Kaedah yang lebih mudah ialah dengan mengambil ggambar dan di’dechiper’kan melalui gambar,

Kaedah yang terbaru ialah ultraviolet reflectography. Ia dapat meningkatkan ketepatan maklumat dimana jika tulisan tersebut ditulis dengan dakwat metallo-gallic atau carbon based ink. Ia banyak digunakan di bahagian timur .

Cahaya infrared juga mempunyai kebaikan. Ia terkenal sebagai alat makmal forensic. Membolehkan kita untuk membaca tulisan yang sudah dimusnahkan atau dilapisi dengan tulisan lain diatasnya samada di atas kulit atau papyrus.

Penetapan tarikh

Di dalam beberapa tahun terakhir ini, ahli makmal cuba untuk menetapkan tarikh manuskrip yang diperbuat daripada kulit lama dengan menggunkan teknik carbon-14. Ia merupakan satu kaedah yang boleh digunapakai secara teori, hanya jika mempunyai cukup syarat untuk melakukan comparison berdasarkan kawasan manuskrip. (akan diterangkan pada tempatnya nanti).

No comments:

Post a Comment