Monday, November 6, 2017

Bibliografi Ulama Maghrib: Akidah Syeikh Muhammad Bin Umar al-Hawwaariy al-Wahrani

Akidah Imam Abu Abdillah Muhammad Bin Umar al-Hawwaariy al-Wahrani (751-843 hijrah)


Berkata as-Syeikh al-Allamah Muhammad bin Abi Fadhl Saied bin Muhammad al-Tilimsani al-Maliki al-Asy’ari (wafat 901H) dai dalam kitabnya (Raudha an-Nasriin fi Taa’rif bi al-Asy Yakh al-Arba’ah al-Mutaakhirin) ketika memperkenalkan Imam Muhammad bin Umar al-Hawwariy:

“Beliau merupakan syeikh masyayikh, banyak ulama mengakui keilmuan dan kehebatan beliau di dalam ilmu, yakni Sidi Muhammad bin Umar bin Uthman bin Sab’in bin ‘Iyasyah bin ‘Ukasyah bin Sayyidinas bin Khairinas al-Ghiyari al-Maghrawi atau lebih terkenal dengan al-Hawwariy semoga Allah merahmati dan meredhai beliau dan memberkati kita semua dengan keberkatannya.” Beginilah nasabnya yang aku dapati daripada tulisan warisnya yang mewarisi maqam dan rahsianya dan ilmunya, Sidi Ibrahim at-Tazi.

Sidi Muhammad al-Hawwariy rahimahullah merupakan seorang wali pada zamannya, dan merupakan guru kepada para guru khususnya di dalam ilmu tasawwuf. Allah taala telah memberikan kepadanya pertolongan, dan ilmu serta kewalian, dan mengangkatnya kepada darjat yang tinggi.

Beliau selesai menghafal al-quran pada umur 10 tahun, kemudian mengabdikan diri di dalam menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah. Beliau mula menuntut ilmu di sebuah bandar di Bijaya, Algeria dibawah asuhan dua orang syeikh iaitu; Syeikh Abdul Rahman al-Waghlisi[1] dan Syeikh Ahmad bin idris[2] dan beliau menetap disitu selama beberapa tahun dengan penuh kesungguhan  di dalam menuntut ilmu. Dan beliau menghafal banyak kitab yang sangat jarang orang lain menghafalnya.

Kemudian setelah beliau mempelajari kitab al-Mudawanah al-Barza’iyah dan setelah sampai pada bab Soid, beliau bermusafir ke Fes, Maghribi. Lalu beliau berguru di sana dengan Syeikh Musa al-Abdusi, dan al-faqih al-mutakallim Ahmad al-Qabab dan menetap disana beberapa tahun dengan penuh kesungguhan.

Ketika beliau di Fes, beliau menghabiskan hafalan kitab al-Mudawanah dan pada ketika itu umur beliau 25 tahun, iaitu pada tahun 776 hijrah. Dan para pelajar di sana belajar membaca al-quran, kitab-kitab qawaid bahasa arab, feqh dan mereka menceritakan bahawa mereka belum pernah melihat seorang yang sangat alim sepertinya.

Dan pada tahun itu, beliau mengarang sebuah kitab syair berjudul as-Sahwu[3] pada menyatakan hukum bersuci dan solat. Dan beliau merupakan orang yang mengumpulkan kitab pada menyatakan masalah bersuci dan solat, dan dipenuhi dengan faedah dan keberkatan.

Setelah mendapat apa yang diingini daripada ilmu pengetahuan, beliau ingin menyempurnakan rukun fardhu yang kelima iaitu haji, lalu berliau bermusafir ke timur dan disana beliau bertemu dengan banyak ulama-ulama besar yang terkenal. Dan beliau menyebutkan bahawa beliau pergi ke Mesir dan tinggal disana beberapa lama dan belajar disana, kemudian meneruskan perjalanan ke Mekah dan tinggal bersebelahan dengan masjidil haram dan masjidi nabawi beberapa tahun. Setelah itu berliau pergi ke baitul maqdis untuk mendapatkan kelebihan solat di ketiga-tiga masjid yang disebut di dalam hadis Nabi SAW dan menziarahi para ulama di sana.

Setelah beliau pulang dari negeri-negeri di timur, beliau singgah di madinah Wahran. Lalu menetap disana dan membina rumah. kemudian beliau mengajar ilmu pengetahuan kepada penduduk disana dan mengajak mereka kembali kepada Allah taala. Mereka mendapat manfaat daripada keberadaan beliau disitu dan juga keberkatan dapat dirasai oleh mereka semua.

Beliau menyebut di dalam manzumahnya bahawa beliau menghafal matan as-Syatibi, Alfiah dan banyak kitab-kitab yang mengandungi ilmu tentang penulisan al-quran, nahu, bahasa, dan banyak memberikan fawaid di dalam kalamnya tentang kitab ibn athiyyah di dalam tafsir dan tafsir al-kabir oleh Fakhruddin ibnul khatib.

Beliau juga sangat dikenali dengan ketelitian beliau didalam ilmu feqh dan permasalahannya. Beliau banyak memberikan fatwa khususnya di dalam mazhab maliki serta banyak menghafal kitab yang jarang dihafal oleh orang. Beliau juga sangat arif tentang masalah khilaf diantara mazhab lain. Ini ada disebut di dalam kitabnya at-Tibyan. Beliau juga ada menyebut yang beliau menghafal Risalah ibn Abi Zaid dan syarahnya yang ditulis oleh al-Qadhi Abdul Wahhab.

Beliau juga menghafal al-Mudawah atau nama lainnya at-Tahzib dikarang oleh al-Barza’ie dan selesai pada tahun 776 hijrah. Beliau juga menghafal kitab at-Talqin karangan al-Qadhi Abdul Wahhab, kitab Jami’ al-Ummahat karangan Ibnul Hajib, dan syarah ibn Abdil Salam.

Walau bagaimanapun, dengan kedudukan beliau yang penuh ilmiah dan darjat yang tinggi yang beliau dapati selama perjalanan ilmu ini, daripada belajar dan mengajar, dan menulis kitab, beliau masih tidak redha dengan ilmunya yakni tidak merasa puas dengan ilmunya dan sering kali mencela diri sendiri agar tidak merasa sombong.

Dan tidak ada seorang pun pada zaman itu seseorang yang begitu menjaga ibadah dan mujahadah dalam berpuasa dan bersolat, serta sabar di dalam dakwah kepada Allah dan menjaga sunnah-sunnah kezuhudan lebih daripada beliau.

Dan adalah majlis ilmu beliau itu majlis yang penuh dengan rahmat, beliau banyak memberi peringatan kepada murid-muridnya dengan neraka dan bentuk-bentuk azab dineraka yang telah Allah janjikan kepada orang yang bermaksiat nanti. Oleh sebab itu hati-hati pada hadirin menjadi bergetar dan merasa takut dan membuatkan mereka terus bertaubat dan menyesali dosa-dosa yang lampau. Kadang-kadang beliau menceritakan keluasan rahmat Allah kepada orang yang mengharapkannya, dan kecantikan ihsan Allah dan keampunanNya.

Setelah beberapa lama menuntut ilmu, ajal beliau semakin mendekat, beliau banyak mengajar tentang berita gembira dan faedah-faedahnya, dan menceritakan kemurahan rahmat Allah di dalam mengampunkan dosa, dan Allah taala tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebajikan, kerana tidaklah pada hari pertemuan nanti manusia menjadi sangat tamak kepada pahala kebajikan dan kemurahan rahmat Allah.

Dan hati-hati para hadirin terkesan dengan ucapan beliau, dan menjadi lembut dengan mauizahnya. Apabila ada orang kaya dan bangsawan yang hadir, beliau banyak mengajak kembali kepada Allah dengan jalan takut dan mengingatkan mereka dengan ayat2 seksaan dan azabNya yang pedih bagi mereka yang melanggar hukumnya.

Apabila ada orang miskin dan fuqara’ yang hadir ke majlisnya, beliau mengajak mereka kepada Allah dengan jalan sabar dan mengingatkan mereka supaya berharap kepada Allah dengan penuh pengharapan dan bersangka baik kepada Allah.

Apabila ada orang yang sihat dan pedagang hadir atau bussinesman, beliau mengajak mereka bersyukur dan mengajak mereka mengeluarkan zakat untuk menyucikan harta, dan menggalakkan mereka meninggalkan muamalat yang syubhat dan bercampur dengan perkara yang haram serta mengajar mereka untuk mencari yang halal.

Lalu ketika mereka semua bersurai dari majlis beliau, mereka pulang dengan membawa kebaikan yang banyak dan nasihat-nasihat yang sangat berguna.

Pun begitu, majlis pengajian beliau tidak sunyi daripada perbincangan yang ilmiah, dengan penuh adab tanpa caci-maki sesiapapun. Dan banyak penuntut ilmu dari Wahran dan Tilimsan dan lain-lain yang mencari jawapan kepada permasalahan yang rumit yang tidak didapati dari para masyayikh lain, mereka dapati jawapannya daripada syeikh Muhammad al-Hawwariy. Mereka datang dengan banyak soalan yang sukar daripada pelbagai bidang ilmu, lalu syeikh menjawab tanpa seberang keraguan dan penuh ringkas, menunjukkan kepada kemahiran beliau di dalam perkara tersebut.

Beliau merupakan diantara orang yang diberikan kebolehan oleh Allah dengan mudah mengingati apa yang dibacanya. Ketika di dalam majlisnya, beliau tidak perlu merujuk kepada kitab-kitab besar kerana sudah sedia mengingati kebanyakan ilmu baik di dalam bidang feqh, manasik, dan sastera arab.

Beliau juga sangat menjaga akan status halal setiap perkara. Beliau tidak akan makan atau melakukan sesuatu kecuali yakin dengan kehalalan perkara tersebut. Kerana mencari yang halal itu ialah tapak kepada thoriqah ini, dan begitulah Sunnah para ulama syariat dan hakikat kerana ia adalah tuntutan agama islam ini.

Beliau juga terkenal dengan kealiman di dalam bidang tauhid. Dan para syeikh tasawwuf melihat bahawa untuk sampai kepada hakikat amal dan untuk sampai kepada maqam muroqabah itu perlu kepada ilmu tauhid. Antara kitab yang dihafal dan difahami oleh Syeikh ialah kitab al-Irsyad fi Ulum al-‘I’tiqad karangan Imam al-Haramain al-Juwaini. Beliau sangat mahir di dalam ilmu ini sehinggakan kalau dibaca dihadapan pengarang kitab ini nescaya beliau akan berkata: “kamu ini alim dengan makna-makna kitab ini, dan berupaya untuk mengeluarkan usul-usul yang aku bina di dalam kitab ini dengan betul dan sebenar.”

Beliau wafat pada waktu subuh hari sabtu 2 rabiul thani tahun 843 hijrah ketika berumur 92 tahun. Rahimahullah taala.

Beliau mempunyai beberapan karangan dadalam bentuk nazhom dengan Bahasa yang mudah difahami orang awam. Antaranya ialah: at-Tanbih, as-Sahwu atau al-Muanasah, at-Tibyan, dan kitab akidah beliau Tabshirah as-Sail.













 


     

                                  


                    






[1] (Syeikh Abu Zaid abdul Rahman bin ahmad al-waghlisi al-bija’I, mufti bijaya, seorang faqih, alim, soleh. Wafat pada tahun 786 hijrah. Beliau menulis al-muqoddimah yang masyhur, diantara ulama yang mensyarahkannya ialah Syeikh ahmad zarruq al-fasi)
[2] As-Syeikh al-imam ahmad bin idris al-bija’I, wafat pada tahun 760 hijrah. Seorang ulama besar di BIjaya pada zamannya. Seorang yang wara’, zuhud mulia, imam, alim. Menulis taa’liq pada kitab al-Buyu’ mukhtasor ibn al-hajib. Berguru dengan syeikh yahya ar-rahuni dan ibn khaldun. Dan ibn arfah menaqal daripadanya di dalam mukhtasor fiqhnya.
[3] Juga dinamakan al-Mu’anis, mengandungi 455 bait syair pada menyatakan hokum toharah dan solat. Terdapat satu nuskah di perpustakaan negara Tunisia didalam majmuk bernombor 9400

 هذه المقالة عبارة عن ترجمة لكتاب عقيدة الإمام أبي عبد الله محمد بن عمر الهواري الوهراني حققها شيخنا نزار حمادي حفظه الله

No comments:

Post a Comment