Assalaamualaikum guys.
Hari ni aku nak cerita pengalaman aku diinterview untuk jawatan pensyarah tetap DS51 di UiTM Kelantan cawangan Machang pada 12/01/2021.
Jadi pagi itu pukul 8 pagi aku gerak dari rumah aku. pukul 8.25 macam tu aku dah sampai kt sana. aku park kereta dekat car park depan bangunan Canseleri, pastu jalan naik ke bilik mesyuarat profesional. Bila aku sampai tu, aku tengok, semua calon dah ada. Aku orang last. Dalam list tu aku ni nombor 9 iaitu orang yang terakhir. Total ada 11 orang, lagi 2 interview online. (kekosongan jawatan hanya 1 sahaja) So daripada pukul 9 tu aku tunggu turn aku sampailah pukul 12. So tiga jam aku duk menunggu, barulah aku dipanggil masuk.
orang lain interview setengah jam seorang, so bila setiap calon tu keluar itu, diorang yang ada ni tanyalah soalan apa yang di tanya. kebanyakan mereka ni interview ditanya macam-macam soalan. Antaranya ialah cara nak mengajar, cara nak handle pelajar dan sebagainya. Semua present dalam Bahasa Melayu kecuali seorang bahasa Inggeris dan campur bahasa Arab. (lecturer KIAS)
Calon lelaki ada 3 orang, yg lain semua pompuan Di antara 9 orang calon tu, lima orang budak PTFT yg memang dah mengajar kat situ. ada seorang tu kawan bini aku. Tapi aku tak kenal. diorang ni basically dah kenallah staf kt sana. Antara panel yang ada ialah timbalan rektor, ketua Pusat ACIS, ketua pusat Bahasa dan pendaftar. Calon yang sebelum aku, perempuan ada PhD. Dia kerja dekat YIK sebelum ni. dia tu interview kejap je. Dlm 5 minit kot. Lepas dia keluar tu tinggallah aku sorang dan aku pun dipanggil. So aku pun masuk interview. (total PhD holder yang mai iv ada 3 orang)
Bila aku masuk, letak aje beg, terus pengerusi majlis, Dr Ghazali tanya aku, nak present dalam bahasa apa? aku cakap nak present dalam Bahasa Arab boleh tak? Dia orang macam terkejut. So aku tanya: okey ke? Dia kata boleh aje. Ada masa 10 minit. jadi aku pun presen dalam bahasa Arab. (walaupun practise in English, tgh dok tunggu tu dok taraddud nak guna malay ke English, tp bila masuk keluar bahasa arab) pram, pram, pram. present dalam lima minit, aku pun berenti. Sebab apa? Sebab tengah-tengah aku duk present tu ada sorang Dr tu, dia cakap dekat pengerusi: cukuplah kot. lpstu pengerusi kata: lepas slide ni baru kita stop dia. Jadi aku pun bila dengar macam tu aku terus tutup aku punya speech tu sebab aku ingat dorang macam nak cepat aje.
bila habis present tu diorang tanya aku: boleh perkenalkan diri dan cerita tentang pengalaman mengajar. So aku pun jawab apa yang ditanya dalam dua minit. Pengerusi tanya panel: ada lagi tak soalan-soalan nk tanya calon ni? waktu ni aku tengok muka sorang-sorang macam macam dah tak berminat dengan aku. So, semua tak tanya. pastu dia cakap: ok cukup dulu setakat ini, apa-apa nanti kami akan hubungi Dr balik. Lalu aku pun keluar. Dalam hati aku macam tak ada harapan dah ni sbb tgk reaksi diorang mcm tak minat dengan aku, tak mcm interview dekat melaka aritu.
Bersambung…
Boleh ke nak request sambung part 2?
ReplyDelete